3 Tanda Awal Hydrocephalus Pada Bayi

March 14, 2019

Hydrocephalus ialah penyakit yang lebih dikenali sebagai lebihan air di dalam kepala atau bayi kepala besar. Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud 'air di dalam kepala'. Merujuk kepada pengumpulan tidak normal cerebrospinal fluid (CSF) di dalam ruang tengkorak pada tekanan yang tidak normal.

Menurut statistik yang disediakan oleh National Hydrocephalus Foundation, Hydrocephalus merupakan antara kecacatan kelahiran yang umum, dengan 1 kes bagi setiap 500 kelahiran setiap tahun. Di Amerika Syarikat, sebanyak 75 000 kes Hydrocephalus dilaporkan setiap tahun, yang mana lebih dari 50% merupakan kes congenital. Sebanyak 40% rawatan neurosurgeri pediatrik melibatkan rawatan Hydrocephalus.

Muhammad Azrul Rizqi, 5 tahun. 
Dilahirkan dengan ukurlilit kepala 38cm seperti bayi normal yang lain. Dimasukkan sehari ke NICU dan 15 hari di SCN kerana jangkitan kuman. Selepas sebulan baru kami dapat kesan perubahan pada Rizqi.

Antara simptom yang dapat dikesan ialah :

Ukurlilit kepala membesar lebih cepat dari bayi biasa

Ukurlilit kepala bayi akan membesar lebih cepat dari biasa. Selalunya boleh dikesan sewaktu pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan. Perubahan Rizqi nampak ketara apabila urat-urat di kepala semakin kelihatan. Mulanya kami ingatkan jendol tapi lama kelamaan kepala Rizqi semakin membesar dan keluar dari graf bayi normal. Keadaan ini boleh juga dilihat dari mata kasar dan Rizqi naik 3cm sehari sebelum menjalani pembedahan. 




Sunset Eyes


Sunset Eyes ialah keadaan mata hitam bayi berada di bawah dan hampir tidak kelihatan. Ianya kelihatan seperti matahari yang sedang terbenam. Ia adalah satu keadaan yang sangat memilukan apabila melihat anak tidak seperti bayi normal yang lain. Bagi ibu-ibu pesakit antara yang menjadi kerisauan mereka adalah adakah mata pesakit dpt dipulihkan seperti normal? Selalunya boleh sekiranya dirawat awal. Mata hitam akan berada di kedudukan normal semula sekiranya saraf matanya tidak terganggu. 



Muntah dan kurang aktif
Muntah memancut atau projectile vomiting adalah salah satu tanda berlakunya tekanan dalam kepala bayi. Muntah yang berterusan tanpa dapat dipastikan punca selalunya berkaitan dengan tekanan yang tidak normal. Bayi akan kelihatan semakin lemah dan tidak aktif seperti biasa. Biasanya bayi akan mula tidur lebih dari biasa dan tidak mahu makan atau minum seperti kebiasaannya. 




Satu-satunya rawatan untuk Hydrocephalus ialah dengan pembedahan otak memasukkan 'Shunt'.  Pada mulanya kami juga risau apabila pembedahan itu melibatkan otak. Kami sangat risau sekiranya berlaku kecacatan atau kehilangan dia. Tapi kami perlu berani mengambil risiko untuk memastikan Rizqi dirawat dengan sebaiknya dan kami menyerahkan semuanya kepada Dia untuk mengatur yang terbaik buat anak kami.

Rawatan awal boleh membantu pesakit mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti. Jangan takut dengan pembedahan kerana risiko dan komplikasi adalah sangat minima sekiranya dilakukan pada peringkat awal.


Sebelum dan selepas menjalani pembedahan.


You Might Also Like

2 comments

  1. Ank puan umur berapa bulan ye semasa buat operation

    ReplyDelete
  2. Mcm mn sy nk chat personal dgn puan...sy nk tahu detail lg psl penyakit ni

    ReplyDelete