Pujaan Hati Mama

March 13, 2019

Pujaan Hati Mama diambil sempena drama Pujaan Hati Kanda yang kebetulan nama baby tu sama dengan Iqy.. mama buat blog ni untuk share pengalaman dan tips untuk ibu-ibu di luar sana.

Jom kita berkenalan dulu.  Lebih senang dikenali sebagai Mama Rizqi, mama ada 7 org anak. Berusia 30an dan tinggal di Negeri Sembilan. Muhammad Azrul Rizqi anak keenam dan juga Hydrocephalus Warrrior. 

Bagi yang tak familiar dengan Hydrocephalus, ia juga dikenali sebagai lebihan air dalam kepala atau bahasa pasar nya baby kepala besar.. Rizqi dah 5 tahun 9 Januari lepas.. dah buat brain surgery untuk insert shunt dan Alhamdulillah masih kekal dengan shunt yang sama almost 5 years.

 

You Might Also Like

0 comments