facebook

Pujaan Hati Mama

    • Home
    • About
    • Lifestyle
    • Hydrocephalus
    • Tasneem Naturel
    • Contact Me
    Ukurlilit kepala bayi kepala besar selalunya akan naik secara mendadak. Dalam kes Rizqi, ukurlilit sewaktu dilahirkan adalah normal iaitu 38cm. Kemudian naik sehingga 43cm dalam masa sebulan. Dan akhirnya 3cm dalam masa sehari. 



    Image result for ukurlilit bayi kepala besar


    Perkembangan bayi adalah tidak sama. Ada bayi yang akan dipantau sehingga 2 tahun sekiranya otak mereka tidak diberi tekanan oleh lebihan air tersebut. Itu yang diberitahu kepada kami pada mulanya. Sebagai ibu bapa awalnya kami tidak bersetuju kerana kami takut kepala anak kami semakin membesar dan akan terlantar seumur hidupnya. 

    Kami ke klinik neurosurgeri buat kali kedua sewaktu ukurlilit kepala Rizqi naik 3cm sehari dan terus dimasukkan ke wad. Pembedahan terus dijalankan pada keesokkan harinya. Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan awal dan Hydrocephalus terjadi disebabkan oleh saluran semulajadi yang sempit berpeluang untuk menjalani kehidupan yang normal sekiranya tiada komplikasi dari pembedahan.

    Tiada penerangan foto disediakan.

    Mereka mungkin akan mengalami kelewatan dari segi perkembangan tetapi dengan izin Allah mereka pasti akan boleh berjalan dan bercakap seperti anak normal yang lain. Rizqi lambat berjalan disebabkan oleh hydrocele atau air di dalam kemaluan. Pembedahan membetulkan tiub dilakukan sewaktu berumur setahun. Dan boleh berjalan tak lama selepas itu. 

    Ada pesakit yang dirujuk kepada fisioterapi dan cara kerja, ada yang tidak memerlukan rujukan. Mereka hanya memerlukan masa dan sokongan dari keluarga dan penjaga. Doa ibu juga amat diperlukan untuk mereka. Jangan berhenti berharap dan selalu minta yang baik-baik untuk anak-anak kita. In shaa Allah yang datang nanti akan baik-baik sahaja. 


    Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan orang berdiri





    Continue Reading
    Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi.

    Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan KKM.
    5 jenis Balm Tasneem Naturel iaitu:
    • CF-Rub 
    • T-Rub 
    • Sleep Time 
    • Calm Time 
    • Skeenz
    Kesemua balm ini selamat digunakan dari bayi baru lahir hingga orang dewasa. Sehubungan dengan itu, balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.

    Nak cuba Balm-balm Tasneem atau rangkaian produk Tasneem yang lain, anda boleh hubungi saya. Klik jer Whatsapp link kat bawah ni. InsyaAllah, saya akan berikan free consultation berkaitan produk Tasneem yang sangat best ni.
    www.wasap.my/60126762743/

    Continue Reading
    Penyakit bayi kepala besar atau Hydrocephalus adalah penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa dan bila-bila masa. Ada yang mengaitkan penyakit ini dengan perkara-perkara mistik seperti kenan atau berkaitan dengan kucing. Bagaimanapun tiada kajian yang dapat mengesahkan perkara itu. 

    Ada pesakit yang mempunyai ukurlilit kepala yang besar tetapi masih mampu bergerak dan menjalani kehidupan seperti anak-anak normal yang lain. Ada juga pesakit yang tidak menampakkan kepala yang besar dan mampu untuk menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti. Semuia itu bergantung kepada kondisi pesakit sewaktu mendapatkan rawatan.

    Pada awalnya saya sangat bimbang anak saya Rizqi tidak dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain akibat penyakit ini. Namun sangkaan saya meleset apabila Rizqi dapat berjalan, bercakap dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini adalah kerana Rizqi mendapat rawatan awal dan memberikan dia kehidupan yang lebih berkualiti. 


    Ini ialah adik Nurfatiha Najihah, 7 tahun. Menjalani 16 kali pembedahan dan sekarang mampu bersekolah seperti kanak-kanak lain.






    Tetapi kebanyakkan pesakit bayi kepala besar mempunyai komplikasi dan keadaan yang lebih serius mengakibatkan mereka terlantar dan perlukan bantuan ibu bapa atau penjaga untuk mengurus diri. Ini mungkin disebabkan oleh pesakit lewat mendapatkan rawatan atau komplikasi dari rawatan. 

    Kebanyakkan pesakit di negeri-negeri Pantai Timur kurang mendapat pendedahan tentang penyakit ini menyebabkab mereka lewat mendapatkan rawatan. Ada juga di antara mereka yang takut untuk mendapatkan rawatan kerana dimomokkan dengan kata-kata yang pesakit akan menjadi semakin teruk sekiranya menjalani pembedahan otak tersebut. 


    Ini ialah Muhammad Adam Eerham, 7 tahun yang berasal dari Kelantan. 




    Bayi kepala besar atau Hydrocephalus terjadi apabila berlaku pengumpulan cecair otak Cerebrospinal Fluid (CSF) yang berlebihan.

    Cecair otak dihasilkan setiap hari pada kadar 500 mililiter (ml) sehari. Otak hanya boleh menyimpan cecair pada kadar 135 ml hingga 150 ml. Lebihan cecair otak berlaku kerana beberapa sebab, antaranya terdapat halangan atau ketumbuhan yang menghalang penyaliran cecair otak secara normal.
    Penyakit Hydrocephalus boleh berlaku secara konginital (sejak kelahiran ) terutama kepada pesakit kanak-kanak. Punca utama penyakit ini masih belum diketahui. 

    Namun, ada beberapa keadaan yang menyumbang kepada punca terjadinya Hydrocephalus iaitu wujudnya penyakit lain seperti ketumbuhan atau pendarahan apabila berlaku gangguan dalam sistem aliran cecair otak, jangkitan, laluan semulajadi CSF tersumbat atau sempit, faktor genetik yang sangat jarang berlaku dan kecacatan yang berlaku semasa tumbesaran.
    Halangan yang berlaku menyebabkan cecair otak berkumpul dan akan mengakibatkan peningkatan tekanan dalam otak. Seterusnya keadaan ini akan mengganggu perkembangan otak dan saraf tunjang. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kecacatan saraf kekal dan kematian boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. 
    Continue Reading
    Penyakit Hydrocephalus adalah asing di kalangan orang awam. Ada diantara ibu bapa juga kurang berpengetahuan tentang penyakit ini. Ramai yang menganggap Hydrocephalus sukar untuk dirawat kerana kebanyakkan kes mereka melihat pesakit yang kepalanya sudah sangat besar.

    Hydrocephalus boleh dirawat dengan kaedah pembedahan memasang Shunt. 
    Shunt ialah tiub khas yang dimasukkan ke otak (sistem ventrikel) dan mengalihkan pengaliran cecair serebrospinal ke bahagian lain badan seperti jantung dan kaviti peritoneal.




    Shunt diperbuat daripada plastik khas yang lembut dan mudah dilenturkan.Rawatan shunt ini hanya dilakukan oleh pakar bedah otak dan kebiasannya tidak mengambil masa yang lama. Pesakit dibawa ke bilik bedah dan diberi bius sepenuhnya. Kulit kepala dan bahagian abdomen akan dicuci dengan antiseptic. 

    Torehan kecil di kulit kepala dilakukan, ini diikuti dengan tebukan lubang kecil di tengkorak. Pembedahan yang sama juga akan dilakukan di abdomen. Satu lubang kecil akan ditebuk. Satu hujung shunt akan dimasukkan ke ventrikel melalui lubang kecil ditengkorak. Kemudiannya shunt akan ditolak dan dimasukkan dibawah kulit sehingga ke lubang diabdomen dimana hujung shunt akan ditempatkan di ruang peritoneal. 




    Terdapat beberapa jenis Shunt dan berikut ialah anggaran kos bagi setiap jenis Shunt. Shunt sangat  perlu untuk pesakit-pesakit Hydrocephalus. Dan kos rawatan shunt adalah berbeza.

    VP Shunt
    Apakah itu Ventriculoperitoneal Shunt? A ventriculoperitoneal (VP) shunt adalah satu teknik pembedahan yang mengurangkan tekanan otak yang disebabkan pengumpulan cecair CSF. VPS adalah satu prosedur pembedahan untuk merawat sakit hydrocephalus. Keadaan ini berlaku apabila CSF berkumpul secara berlebihan dalam ventricle otak. CSF menjaga otak dari tekanan dan kecederaan dari luar dan dalam tengkorak kepala.  

    Cecair ini juga berperanan sebagai satu system penghantaran nutrient yang diperlukan otak dan juga membawa bahan kumuh dari otak. Cecair ini akan menyelaputi otak dan seterusnya akan diserap ke dalam darah. Bila perjalanan cecair ini diganggu , perkumpulan cecair ini boleh menghasilkan tekanan ke atas tisu otak. Doktor akan meletakkan VPS dalam ventricle otak untuk mengalirkan cecair CSF keluar .



    Tiada penerangan foto disediakan.
    Shunt biasa selalunya disubsidi oleh kerajaan. Ada kes yang terpaksa membayar sendiri Shunt ini anggaran kosnya RM800 sahaja.


    Programmable Shunt
    Programmable Shunt sama seperti VPS cuma Shunt yang ini boleh dilaraskan tekanannya menggunakan magnet dari luar selepas pembedahan dilakukan. penyelarasan boleh dilakukan tanpa membuka jahitan atau mengeluarkan valve tersebut. 


    Programmable Shunt berharga anggaran RM3657 seunit dan perlu dibayar oleh ibu bapa. 


    Silver Coated Programmable Shunt 
    Berfungsi seperti Programmable Shunt biasa cuma bezanya Shunt ini diperbuat dari Silver. Ada kes pesakit tidak sesuai dengan plastik atau silicon dan perlu menggunakan silver coated programmable shunt ini sebagai pengganti.

    Ini adalah gambar sebenar Silver Coated Programmable Shunt yang dikeluarkan dari kepala salah seorang pesakit berusia 7 tahun. Siver Coated Programmable Shunt ini berharga RM7000 seunit. Dan tidak ramai pesakit di Malaysia yang menggunakan Shunt ini. 


    Programmble Shunt hanya akan disarankan untuk kes-kes tertentu sahaja dan hanya pakar yang akan menyarankan penggunaan Shunt ini. Kos rawatan di hospital adalah percuma untuk pemegang kad OKU dan tanggungan kerajaan seperti Rizqi. Namun Programmable shunt ialah termasuk dalam kategori alatan dan perlu dibayar oleh semua. 
    Kos rawatan di hospital kerajaan maximum hanya RM500 sahaja. Jadi ibu bapa tidak perlu takut dengan berita-berita yang kata kos rawatan sehingga 40k atau lebih lagi tu. Sekiranya kos rawatan tidak mampu dibayar, mereka akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan di hospital tempat dirawat dan mereka akan membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan.



    Setiap ibu yang mempunyai anak yang memakai shunt memang berharap agar tiada lagi shunt revision. Setiap hari kami akan berasa risau, tertanya-tanya sampai bilakah shunt yang ditanam itu akan bertahan. Setiap kali mendengar berita kegagalan atau jangkitan pada Shunt, kami akan mula risau dan sedih melihat apa yang dilalui oleh anak kami. 


    Continue Reading
    Hydrocephalus ialah penyakit yang lebih dikenali sebagai lebihan air di dalam kepala atau bayi kepala besar. Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud 'air di dalam kepala'. Merujuk kepada pengumpulan tidak normal cerebrospinal fluid (CSF) di dalam ruang tengkorak pada tekanan yang tidak normal.

    Menurut statistik yang disediakan oleh National Hydrocephalus Foundation, Hydrocephalus merupakan antara kecacatan kelahiran yang umum, dengan 1 kes bagi setiap 500 kelahiran setiap tahun. Di Amerika Syarikat, sebanyak 75 000 kes Hydrocephalus dilaporkan setiap tahun, yang mana lebih dari 50% merupakan kes congenital. Sebanyak 40% rawatan neurosurgeri pediatrik melibatkan rawatan Hydrocephalus.

    Muhammad Azrul Rizqi, 5 tahun. 
    Dilahirkan dengan ukurlilit kepala 38cm seperti bayi normal yang lain. Dimasukkan sehari ke NICU dan 15 hari di SCN kerana jangkitan kuman. Selepas sebulan baru kami dapat kesan perubahan pada Rizqi.

    Antara simptom yang dapat dikesan ialah :

    Ukurlilit kepala membesar lebih cepat dari bayi biasa
    Ukurlilit kepala bayi akan membesar lebih cepat dari biasa. Selalunya boleh dikesan sewaktu pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan. Perubahan Rizqi nampak ketara apabila urat-urat di kepala semakin kelihatan. Mulanya kami ingatkan jendol tapi lama kelamaan kepala Rizqi semakin membesar dan keluar dari graf bayi normal. Keadaan ini boleh juga dilihat dari mata kasar dan Rizqi naik 3cm sehari sebelum menjalani pembedahan. 




    Sunset Eyes


    Sunset Eyes ialah keadaan mata hitam bayi berada di bawah dan hampir tidak kelihatan. Ianya kelihatan seperti matahari yang sedang terbenam. Ia adalah satu keadaan yang sangat memilukan apabila melihat anak tidak seperti bayi normal yang lain. Bagi ibu-ibu pesakit antara yang menjadi kerisauan mereka adalah adakah mata pesakit dpt dipulihkan seperti normal? Selalunya boleh sekiranya dirawat awal. Mata hitam akan berada di kedudukan normal semula sekiranya saraf matanya tidak terganggu. 



    Muntah dan kurang aktif
    Muntah memancut atau projectile vomiting adalah salah satu tanda berlakunya tekanan dalam kepala bayi. Muntah yang berterusan tanpa dapat dipastikan punca selalunya berkaitan dengan tekanan yang tidak normal. Bayi akan kelihatan semakin lemah dan tidak aktif seperti biasa. Biasanya bayi akan mula tidur lebih dari biasa dan tidak mahu makan atau minum seperti kebiasaannya. 




    Satu-satunya rawatan untuk Hydrocephalus ialah dengan pembedahan otak memasukkan 'Shunt'.  Pada mulanya kami juga risau apabila pembedahan itu melibatkan otak. Kami sangat risau sekiranya berlaku kecacatan atau kehilangan dia. Tapi kami perlu berani mengambil risiko untuk memastikan Rizqi dirawat dengan sebaiknya dan kami menyerahkan semuanya kepada Dia untuk mengatur yang terbaik buat anak kami.

    Rawatan awal boleh membantu pesakit mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti. Jangan takut dengan pembedahan kerana risiko dan komplikasi adalah sangat minima sekiranya dilakukan pada peringkat awal.


    Sebelum dan selepas menjalani pembedahan.


    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search This Blog

    About Me

    My photo
    Mama Rizqi
    View my complete profile

    Followers

    Follow Me

    • facebook
    • instagram

    Featured Post

    Ukur Lilit Kepala Bayi Kepala Besar

    Ukurlilit kepala bayi kepala besar selalunya akan naik secara mendadak. Dalam kes Rizqi, ukurlilit sewaktu dilahirkan adalah normal iaitu...

    Popular Posts

    • 3 Tanda Awal Hydrocephalus Pada Bayi
    • Punca Penyakit Bayi Kepala Besar

    Most Popular

    • 3 Tanda Awal Hydrocephalus Pada Bayi
    • Punca Penyakit Bayi Kepala Besar

    Labels

    • bayikepalabesar
    • hidrosefalus
    • hidrosifalus
    • hydrocephalus
    • lebihanairdalamkepala
    • Lifestyle
    • persatuanpesakithydrocephalusmalaysia
    • punca
    • shunt
    • Tasneem Naturel
    • teamrizqi

    Blog Archive

    • March 2019 (7)
    Powered by Blogger.

    WHATSAPP LINK

    WHATSAPP LINK
    60126762743
    facebook instagram

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top