Punca Penyakit Bayi Kepala Besar

March 18, 2019

Penyakit bayi kepala besar atau Hydrocephalus adalah penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa dan bila-bila masa. Ada yang mengaitkan penyakit ini dengan perkara-perkara mistik seperti kenan atau berkaitan dengan kucing. Bagaimanapun tiada kajian yang dapat mengesahkan perkara itu. 

Ada pesakit yang mempunyai ukurlilit kepala yang besar tetapi masih mampu bergerak dan menjalani kehidupan seperti anak-anak normal yang lain. Ada juga pesakit yang tidak menampakkan kepala yang besar dan mampu untuk menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti. Semuia itu bergantung kepada kondisi pesakit sewaktu mendapatkan rawatan.

Pada awalnya saya sangat bimbang anak saya Rizqi tidak dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain akibat penyakit ini. Namun sangkaan saya meleset apabila Rizqi dapat berjalan, bercakap dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini adalah kerana Rizqi mendapat rawatan awal dan memberikan dia kehidupan yang lebih berkualiti. 


Ini ialah adik Nurfatiha Najihah, 7 tahun. Menjalani 16 kali pembedahan dan sekarang mampu bersekolah seperti kanak-kanak lain.






Tetapi kebanyakkan pesakit bayi kepala besar mempunyai komplikasi dan keadaan yang lebih serius mengakibatkan mereka terlantar dan perlukan bantuan ibu bapa atau penjaga untuk mengurus diri. Ini mungkin disebabkan oleh pesakit lewat mendapatkan rawatan atau komplikasi dari rawatan. 

Kebanyakkan pesakit di negeri-negeri Pantai Timur kurang mendapat pendedahan tentang penyakit ini menyebabkab mereka lewat mendapatkan rawatan. Ada juga di antara mereka yang takut untuk mendapatkan rawatan kerana dimomokkan dengan kata-kata yang pesakit akan menjadi semakin teruk sekiranya menjalani pembedahan otak tersebut. 


Ini ialah Muhammad Adam Eerham, 7 tahun yang berasal dari Kelantan. 




Bayi kepala besar atau Hydrocephalus terjadi apabila berlaku pengumpulan cecair otak Cerebrospinal Fluid (CSF) yang berlebihan.

Cecair otak dihasilkan setiap hari pada kadar 500 mililiter (ml) sehari. Otak hanya boleh menyimpan cecair pada kadar 135 ml hingga 150 ml. Lebihan cecair otak berlaku kerana beberapa sebab, antaranya terdapat halangan atau ketumbuhan yang menghalang penyaliran cecair otak secara normal.
Penyakit Hydrocephalus boleh berlaku secara konginital (sejak kelahiran ) terutama kepada pesakit kanak-kanak. Punca utama penyakit ini masih belum diketahui. 

Namun, ada beberapa keadaan yang menyumbang kepada punca terjadinya Hydrocephalus iaitu wujudnya penyakit lain seperti ketumbuhan atau pendarahan apabila berlaku gangguan dalam sistem aliran cecair otak, jangkitan, laluan semulajadi CSF tersumbat atau sempit, faktor genetik yang sangat jarang berlaku dan kecacatan yang berlaku semasa tumbesaran.
Halangan yang berlaku menyebabkan cecair otak berkumpul dan akan mengakibatkan peningkatan tekanan dalam otak. Seterusnya keadaan ini akan mengganggu perkembangan otak dan saraf tunjang. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kecacatan saraf kekal dan kematian boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. 

You Might Also Like

0 comments